Wednesday, May 25, 2005

Bagaimana nak melahirkan lebih ramai jururawat

LAPORAN PARLIMEN KESEBELAS
26 April 2005

Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bagaimanakah pihak kementerian dapat membantu hasrat melahirkan lebih ramai jururawat terlatih di negara ini memandangkan hanya sebahagian kecil daripada kursus kejururawatan di IPTS mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara.

Setiausaha Parlimen Pengajian Tinggi [Datuk Dr. Adham bin Baba]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod sehingga 2005 Mac, pihak kementerian telah meluluskan 20 buah permohonan kursus kejururawatan dalam pelbagai peringkat pengajian daripada 16 buah IPTS manakala 7 permohonan masih dalam proses penilaian dan pertimbangan.

Berdasarkan ketetapan semasa, satu Kursus Pengajian Kejururawatan yang telah diluluskan hanya perlu memenuhi ketetapan Akta IPTS 1996 berkait dengan pencapaian standard minimum sebelum graduan boleh diberi penganugerahan kelayakan dan keluar bekerja. Bagaimana pun, sekiranya IPTS menyasarkan graduan boleh menyertai awam adalah dinasihatkan agar IPTS untuk memohon dan mencapai perakuan Akreditasi (LAN).

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sentiasa menyokong sepenuhnya usaha kerajaan menambah bilangan jururawat terlatih dalam perkhidmatan kesihatan. Oleh itu, pihak kementerian amat mengalu-alukan mana-mana pihak swasta yang berhasrat menubuhkan kolej yang menawarkan kursus latihan kejururawatan ke peringkat tinggi.

Pihak swasta yang berminat boleh mengemukakan permohonan untuk mendaftar sebagai IPTS dan memohon mengendalikan kursus sebagaimana termaktub di bawah Akta IPTS 1996.

Dr. Rozaidah binti Talib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai nisbah yang ideal antara seorang jururawat kepada penduduk iaitu dari .... [Gangguan sistem rakaman] kepada 200. Negara kita memerlukan untuk mengeluarkan lapan ribu jururawat setahun sedangkan sekarang kita mengeluarkan pada kadar tiga ribu
setahun.

Oleh itu apabila terkeluar berita bahawa ada 1,200 jururawat yang telah tamat kursus daripada IPTS tetapi mereka ini tidak diiktiraf oleh LAN, maka ini kita rasakan satu kerugian. Oleh itu, saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tentang dakwaan kolej-kolej swasta bahawa walaupun keperluan kursus, tenaga pengajar dan kelengkapan yang lain diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia, mengapakah ianya masih tidak diiktiraf oleh LAN kerana Lembaga Jururawat Malaysia ini merupakan badan profesional yang lebih arif tentang keperluan kursus kejururawatan.

Terima kasih.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul pada waktu ini kita mempunyai nisbah 1:436 penduduk. Setakat ini sehingga Disember 2004 Jururawat Terlatih sekarang hanya ada 56,703 orang dan sekiranya sasaran 1:200 penduduk memang kita perlukan 8,000 pelatih setahun tetapi pada waktu ini hanya ada 3,000 dan di peringkat IPTA yang melatih ada 1,162 orang, di peringkat IPTS sekarang ada 2,861 dan daripadanya 1,200 adalah calon dari Kementerian Kesihatan Malaysia di IPTS.

Kita memang mempunyai kapasiti yang terhad kerana setiap permohonan untuk menubuhkan IPTS perlulah mendaftar di Kementerian Pengajian Tinggi melalui JPS dan LAN. Secara prinsipnya kita harus melihat bagaimana IPTS–IPTS yang mendaftar itu mahu dan mempunyai potensi untuk mendapatkan perakuan LAN dipilih untuk meneruskan program dan yang kedua haruslah mewujudkan mekanisme penilaian dan pemantauan secara naziran yang berkesan dalam memilih dan mengesan prestasi pelajar-pelajar. Sebenarnya pihak badan-badan profesional seperti Lembaga Jururawat dan juga Kementerian Pengajian Tinggi harus ada penyelarasan yang dianggotai oleh JPA, LAN dan agensi-agensi lain yang berkaitan dan kita juga memohon supaya Majlis Akreditasi Lembaga Jururawat sendiri ditubuhkan supaya kita boleh bekerjasama dalam hal menambahkan bilangan pelajar-pelajar kejururawatan.

Dr. Junaidy bin Abdul Wahab [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita dapati bahawa untuk mendapat kelulusan daripada LAN nampaknya payah. Soalan saya ialah apakah kriteria yang diguna pakai oleh LAN supaya pengiktirafan kepada IPTS dalam segi kursus kejururawatan ini akan dapat diperolehi ataupun diakui dan dipercepatkan?

Terima kasih.

Datuk Dr. Adham bin Baba: Terima kasih Yang Berhormat. Pihak LAN sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak yang ingin mengendalikan kursus ataupun membuka IPTS tetapi sebelum membentuk amalan terbaik, kita perlu ada jaminan kualiti dan ia dilaksanakan melalui tiga peringkat proses penilaian.

Yang pertama, pihak IPTS perlulah memohon penilaian kelulusan penilaian kursus pengajian dahulu yang memfokus kepada kesediaan IPTS menawarkan sesuatu kursus pengajian dipohon. Contohnya seperti kalau kita hendak melatih di peringkat Diploma, tenaga pengajarnya mestilah di peringkat Sarjana Muda. Kalau kita hendak melatih jururawat di peringkat Ijazah, mestilah tenaga pengajarnya satu tahap yang lebih tinggi daripada Program Sarjana Muda.

Yang kedua, mereka juga harus memohon untuk mencapai standard minimum yang diperlukan untuk menilai tahap pematuhan standard bagi kursus pengajian yang sedang dikendalikan.

Yang ketiga barulah untuk mencapai kecemerlangan dalam penilaian sesuatu kursus pengajian, mereka memohon pengendalian perakuan akreditasi. Peringkat-peringkat inilah yang kita lakukan untuk memastikan setiap jururawat yang merawat kita ada jaminannya supaya mereka tidaklah dikatakan tidak bermutu dalam perkhidmatan.

---From Malaysia Today

It looks like there are many problems between the Nursing Board and LAN. There are just too many steps to certification. hey, can we just go back to SRN (State Registered Nurse) for the present instead of Degreed Nureses.
The other bigger problem the hospitals and health facilities are facing is the absence of a good ethnic mix in its nurses. This is as in the polis force. As pointed out by the Royal Commission, such a senario causes problems. Too often one hears in the kopitiams that it is so hard to communicate when one is ill and in gomen health facilities. Will the MOH or whoever is responsible make attempts to ensure a healthy ethnic mix. Again from kopitiam talk, it appears that this is not due to the lack of applications by the Non-Bumis but rather that they are faced with some unspoken quota when it comes to applicant selection. A virtual mono-ethnic nursing staff leads to many problems :: communication difficulties, cultural misunderstandings, shortage of staff during festival seasons and so on. These cannot but lead to unhealthy circumstances/environment when attempting to nurse the sick back to health.


1 comment:

Anonymous said...

This is not anymore how to train more nurses but how to retain more nurses in the country. Nurses out there, I want to know how many of you satisfied with your salary and job-satisfaction regardless in goverment or private practise. It is well-known that Malaysia had trained quality and qualified nurses to work overseas but how had this phenomena happen that Malaysia nurses do not want to serve their own countrymen and women. It is time for all that may concern to find out how to retain nurses to serve the country and not to benefit the agents and forgein countries.